Thursday 22 June 2023

Laluan Seksyen 5B Projek Lebuh Raya LTU dibuka mulai 26 Jun

Laluan Seksyen 5B Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap serta Seksyen 5A Persimpangan Krau, Raub dibuka untuk laluan kenderaan pada 26 Jun 2023. Menurut Kementerian Kerja Raya, pengguna dapat menikmati penjimatan masa hingga 40 minit pada waktu puncak kerana tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Raub. Dijangka 500 RIBU kenderaan akan menggunakan laluan tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.
Berkenaan keseluruhan jajaran LTU, ia dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada tahun 2026. Kelewatan pembinaan adalah berikutan isu pengambilan tanah dan pasca-COVID-19. Kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan projek yang melibatkan 6 pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer.

Wednesday 21 June 2023

PENDAFTARAN eBELIA RAHMAH BERMULA 26 JUN 2023

Anda warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun pada 2023? Lahir tahun 2003 hingga 2005? Sekarang tengah belajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara? Berita baik!! Anda layak untuk dapat kredit RM200 seorang bagi program eBelia Rahmah. Duit bukan secara tunai yer, tapi melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet sama ada Boost, Setel ATAU Touch ‘n Go eWallet. Jadi untuk dapatkan kredit RM200 adik-adik kena daftar dulu di salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet. Tempoh daftar mulai 26 Jun 2023 pukul 8 pagi hingga 22 Ogos 2023 sahaja. Jom cepat-cepat daftar!! Dah dapat kredit RM200 jangan lupa guna sebab tarikh luput 31 Ogos 2023. Tak kisahlah nak guna untuk buat pembelian dalam talian ataupun boleh juga guna kalau peniaga terima bayaran melalui kod QR DuitNow.
Makluman juga untuk semua, kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun ini melibatkan peruntukan RM400 juta menerusi Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Tuesday 6 June 2023

SPM 2022 - Semak keputusan mulai 8 Jun 2023

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, semakan juga boleh dilakukan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi sehingga 6 petang selain sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sementara itu di Pahang, seramai 20 RIBU 850 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan bertulis di 263 pusat peperiksaan bermula 20 Februari 2023 dengan 8 daripadanya menduduki peperiksaan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, seramai 116 merupakan calon berkeperluan khas (CBK) manakala seramai 620 orang merupakan calon pelajar Orang Asli dari seluruh negeri Pahang. Sumber: Sinar Harian

PAHANG - VAPE BERPERISA UMPAN MINAT BUDAK 2 TAHUN

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas di Bera, Pahang pada 30 Mei 2023. Ketika kejadian, kanak-kanak itu ditemui oleh datuknya dengan terdapat vape jenis pakai buang yang terletak di atas lantai berhampirannya. Sejurus itu, kanak-kanak berkenaan dilaporkan mengalami sawan ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, Pahang namun dilaporkan stabil. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik itu dipercayai keracunan kerana tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang.
Insiden sama seperti ini boleh berlaku memandangkan terdapat banyak cecair vape dijual di pasaran dengan baunya seperti buah-buahan, coklat dan perisa manis atau gula- gula. Ia sekali gus menarik minat dan mengelirukan kanak-kanak. Sementara itu, data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak tembakau global pada 2021 memaklumkan terdapat kira-kira 16 RIBU cecair vape yang kebanyakannya perisa buah-buahan, coklat dan rasa manis dijual di pasaran. Industri tembakau yang menjual racun nikotin dengan perisa tersebut mengelirukan anak-anak muda sehingga terdapat beribu-ribu kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun menjadi penagih vape (vapeholics). Sumber: Utusan Malaysia

PAHANG - OCPD KENA TAHAN KES RASUAH

Seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) berusia 53 tahun ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan rasuah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022. SPRM dalam kenyataan pada 6 Jun 2023 memaklumkan, pegawai tersebut disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya. Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya. Sumber: Kosmo & Berita Harian

Thursday 6 December 2012

Nak kerja ke nak belajar ni???

Salam Jumaat muslimin muslimat,,moga sentiasa bertambah rahmat. Hohohoh pejam celik, pejam celik (seb baik still celik) kita dah berada di hujung Disember yer makcik pakcik adik kakok sekalian. Ambo rasa baru semalam start semester baru. Tengok2 dah berada di hujung pengajian. Sedih? Entah...nak kata sedih tak sedih sangat. Nak kata happy tak happy sangat.

Member ambo pernah tanya ambo, "Ko dah habis degree nak buat apa? kawin ke, sambung belajar ke, nak kerja?". Ambo blur jap, tak tau nak jawab apa. Sebabnya, soalan tu jugak yang berpusing-pusing, bergolek-golek menerjah pikiran ambo ni. Selalu jer ambo bangun pagi (kalo bangun pagi la), ambo tanya diri sendiri.."abis degree ni aku nop buat gapo la??".Tapi still macam tu jugakla. Oleh kerana ambo serabut, maka ambo pun telah menserabutkan orang lain dengan soalan itu juga, "Ko dah habis degree nak buat apa? kawin ke, sambung belajar ke, nak kerja?". 

Setelah dianalisis dan dibuat kajian, jawapan-jawapan yang ambo terima adalah seperti berikut:

RESPONDEN 1
Kawan 1 : Aq kalo dah habis degree ni, dah malas dah nak sambung belajar...tak larat dah. Kalo bleh aq nak kerja terus. Nak sambung belajar kena pakai duit lagi. PTPTN ntuk degree ni pun tak habis bayar, ni nak sambung master lagi?? 

Ambo : Kan ada my Brain 15?

Kawan 1: Nak harapkan biasiswa tu jer mana cukup? kalo setakat taja yuran jer, aq tak mampu weh...takkan nak sara hidup makan maggi jer hari2.

Ambo : Dahtu ko kerja la sambil belajar

Kawan 1 ; Mulanya aq terpikir gak camtu, tapi sebenarnya aq dah penat dah belajar.. aq tak bleh la buat dua mende lam satu masa ni. berserabut otak aq. Rasa nak keje je terus. Dah malas nak mengadap esaiman berlambak ni.

RESPONDEN 2
I nak sambung master la. Biar cerah sket masa depan. Orang buat Degree sekarang ni dah berlambak dah. Bila dah ramai sangat, nak dapat kerja pun susah. Banyak saingan. Kalo apply master..dah habis nanti bleh la jadik pensyarah, gaji pun mahal.

RESPONDEN 3 
dah habis degree nanti nak kawin...heheh pastu tengokla..kalo suami aq izinkan aq sambung belajar, kalo tak.. aq kerja. Tengoklah nanti macam mana.

RESPONDEN 4
Entahla, belum terpikir plak nak buat apa. Yang penting..habis je degree ni aq nak lepak2 kat rumah dulu. But..maybe nanti aq apply je mana2 kerja..lau dorang panggil interbiu aq pergi jela. Lau terus dapat, tu dah kira bonus. Lau tak dapat..hem...aq sambung je la master.


  

PENING LAK AMBO PK MASA DEPAN, TAK TAU NAK BUAT KEPUTUSAN..nak sambung belajar ke nak kerja??



Thursday 25 October 2012

Raya Haji yang pilu lagi milu

Bangun pagi..gosok gigi..lengang...basuh kain..jemur kain...kosong...
intai jiran kiri kanan..sunyi sepi ~ ~ ~ kosong kosong kosong. Bukak laptop bukak fb, banyaknya post pasal balik kg!!!

POST 1 : Alhamdulilah..akhirnya sampai jgk dkt Kuala Terengganu.hmpir 12 jam naik bas...org lain dh smpai lme kte bru je smpai..xpelah asalkn selamat :)
POST 2 : Selamat hari raya adi adha utk semua umt islam.... :D — at Rumah Mertua...
POST 3 : alhamdulillah akhirnya ku selamat sampai ke Rumah ku syurga ku ~
POST 4 : alhamdulillah,,, :) slmat smpai akhirnye,,, — at Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian.
POST 5 : my beloved senior.....selamat hari raya aidiladha...maaf dipinta taw...:) jaga diri elok2.... Nur Zarra Zaila n Zulaikha Baki dah selamat sampai ke kg tercinta....♥ miss u...:D — at Dalam Bas.


Ada plak massage kat phone, what???  Celcom pun sibuk nak beraya, bleh plak dihantarnya msg: 

"Qurban dah dekat nak topup x sempat, kongsi krdt je leh wat. Menangi RM100 airtime! Pndh krdt 1x sehari bla bla bla bla..."


"WOI!! TAKDE MASA LA AMBO NAK PINDAH MINDAH KEDIT NI,
BALIK KAMPUNG PUN TAK!!!"
*
*
*
Uhuhuhu nak je ambo reply cenggitu tapi apakan daya beliau yang bernama Celcom itu tidak mengerti apa-apa. Uhuhuhu ambo dah tak berani nak bukak radio...nanti dipasangnya lagu-lagu raya, berdesing telinga ambo nanti, kang tak pasal-pasal banjir plak bilik ni. Sob sob sob =(

Esok dah raya aidiladha...tapi ambo masih di sini, di bumi UKM yang bertuah ni. First time sepanjang ambo hidup, terpaksa beraya kat negeri orang. Uhuhuhu entahla Labu..ambo nak raya dengan sapa la esoknya ni? Takkan nak beraya ngan monyet-monyet kat UKM plak? Kang tak pasal2 masuk Book Of Records, "PELAJAR UKM BERAYA DENGAN MONYET" Waaaaaaa

"Kafe tutup start esok, Isnin baru bukak", kata Pakcik Kafe KKM semalam. Tengok!!! Pakcik Kafe pun balik beraya, ambo gak masih di sini..setia jaga KKM. Uhuhuhu kafe tutup satu hal, habeh?? Ambo nak makan apa la 2 3 4 hari ni?? Takkan nak g sembelih monyet lak wat BBQ? Last2 beli la stok telur ngan meggi kat K-Mart ntuk isi perut. Nampaknya, tak merasa la tahun ni nak makan daging bakar cicah air asam kat kampung nenek. Daging singgang, sup gearbox, Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Entah camne nak harungi hari esok, adakah ngan sedu sedan?? adakah ngan berseorangan?? atau adakah masih ada insan2 kat UKM ni senasib ngan ambo??? Kalo pakcik Bas Rengit sanggup drive balik Klate..masa dan saat ni gak ambo kemas barang n balik kampung!!! uhuuhuhuh  

Tuesday 16 October 2012

My Super Duper Supervisor

Selasa bagi ambo hari penat sedunia. Kenapa penat? Sebab banyak kelas, dari pagi sampai petang..uhuhuhu. Biasa la tu...dah namanya student, mesti la kena g kuliah, takkan nak g clubbing lak..keh3. Habis jer kuliah dan tutor ngan my new coursemate a.ka. my junior second year, cheeewahhhhh!! ambo terus la mempersiapkan diri nak pergi jumpa Penyelia Tesis ambo, Kak G. Alhamdulillah...dalam penat2 seharian..ada gak yang manisnya. Setiap minggu, kalau jumpa Kak G mesti ambo rasa macam lebih bermotivasi sket. Kak G a.k.a my Supervisor a.k.a my lecturer banyak bagi semangat untuk ambo teruskan pengajian yang berbaki lagi dua sem ni. Masa ambo accident dulu, beliau jugakla yang uruskan pasal penangguhan pengajian ambo dan segala bagai. Thank you Kak Gee!!!

My Super Duper Lecturer, Kak G a.k.a Prof Madya Fuziah Kartini Hassan Basri

Mungkin sebab tu beliau lebih memahami ambo bila ambo buat keputusan nak praktikal di RTM Kelantan, dekat dengan rumah ambo. Selain berdepan masalah kewangan, faktor tempat tinggal, keselamatan dan pengangkutan pun kena ambil kira. Memang ramai yang cadangkan supaya ambo praktikal di area Selangor sebab peluang kerja dalam industri lebih banyak di sana. Masalahnya, mereka tak tahu masalah yang jadi masalahnya sekarang. Huhuhuhu. 

Dalam ambo pening2 pilih tempat praktikal tu..Kak Gee ada pesan. Satu kata-katanya yang ambo akan ingat sampai bila2 "Walau dekat mana pun kita praktikal, kalau kita usaha, kita akan dapat. Jangan tunggu kerja cari kita, kita yang kena cari kerja!!" So, kali ni ambo memang tekad...walau dekat mana pun ambo praktikal waima RTM Kelantan sekalipun..ambo akan cuba buat yang terbaik. Itu janji ambo pada diri sendiri!! Ohohoho 
*
*
*
*
*
P/s : Ambo kelik naik bas Zon 3 tadi ngan tersengih-sengih n kononnya penuh ngan semangat. Tetiba, dari tingkap bas nampak bebudak satu batch tengah bergambo sakan ngan jubah konvo masing2 kat Depan Dectar n kat padang...

MOod : down balik....ergggggggggh


Tuesday 2 October 2012

RTM : Gen Y jeng jeng jeng

Selasa punya kelas usually full...but not today!! Yieahha!!

Bersamaan jam 11 pagi, dari FSSK..ambo ngan bebudak kelas ambo dah gerak ke RTM - Angkasapuri ntuk sesi lawatan. Oh yeah!! Ambo memang excited nak g RTM coz:

1) Banyak mende nak tanya, specially pasal bahagian penyiaran radio ntuk RTM coz nanti nak praktikal kat sana.
2) Nak tengok ngan mata kepala sendiri opis bahagian penyiaran radio & nak rasa a.k.a berangan dok lam konti radio di RTM. Cheeewah
3) Takde sebab apa pun..dah memang suka jalan2. heh3

MALANGNYA :
"Harapan...harapan menjadi layu...ingin ku bahgia..." lalalalala~~ hambek ko!! termenyanyi sudah!!

1) Kondisi tekak ambo jadik lagi teruk start dari semalam. Kalo semalam still bleh cakap n still bleh prezen ntuk esimen Dr jam, but today..totally out!!. So, memang juz pergi dengar & kutip pengalaman jer la. Nak tanya time ramai2 malu plak coz suara dah garau cam singa jantan + suara seksi..hahhaha tapi segan tak segan pun 3 4 5 soalan gak ambo tanyo kat Abang2 RTM (abang ke?) bila time dah abih sesi penerangan. Kui3

2) Dahla terlepas nak tanya banyak soalan, pastu..x jadi plak nak g bahagian penyiaran radio coz tak cukup masa. Oh My Google. Berkecai berai impian ambo nak ke sana. sob3. But takdelah sedih sangat heh3 coz terubat gak empedu ambo bleh bergambo ngan Muaz, hos program Generasi Y yang bersiaran di TV 1, setiap Sabtu jam 2-3 petang. Promote jangan tak promote!! (hahaha ntah nampak tak muka ambo & member2 yg jadik penonton studio lam rancangan tu kui3)


Jom posing tak tengok camera!! Memang Muaz sporting abes, cayalah!!


Pic "sopan" ngan Lect ambo yg mudo belio, Cik H (Aik, still Generasi Y ke? kua3)


Bersamo  member sekutu, ika & ila yg banyok tolong ambo 4 diz sem..tq!!

=
=
=
=
=
=
=
=
=
 

Horait!! last pic last pic...

memang ambo wat tanda "peace" jer la. Padan muka ambo, sapa soh dok blakang? ahak3

sesi bergambo versi 'berjemaah' ngan Hos Generasi Y & dua ahli panel jemputan..ohohoh


Horaiiit...lawatan dah abeh...jom balik. Apa input dapat? Malas r nak citer panjang lebar, lain orang lain pandangan. Kesimpulannya, simpul2 lah ikut pandangan memasing. ohohooh


Monday 1 October 2012

Time after time

The time I kill is killing me!!! 
I may delay..but time will not!!Erggggh

Dear my lovely october...
plezzz be good to me!!